Ops Sky: Tiga selebriti tiba di SPRM guna pintu belakang

LocalPolitics
6 Feb 2025 • 9:56 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan di luar pintu masuk ibu pejabat SPRM pada Khamis.

PUTRAJAYA - Tiga selebriti yang dikaitkan dengan sindiket syarikat perunding kewangan tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.

Bagaimanapun kelibat mereka gagal dikesan oleh pihak media yang menanti di pintu utama SPRM.

Difahamkan kenderaan yang membawa ketiga-tiga selebriti berkenaan memasuki bangunan SPRM jam 9.30 pagi menggunakan laluan belakang.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan selebriti berkenaan termasuk seorang artis terkenal tempatan berada dalam radar siasatan SPRM selepas dipercayai terlibat dalam sindiket tawaran pinjaman.

Menurut sumber, individu itu dipercayai terbabit dengan sebuah syarikat perunding kewangan yang bersekongkol dengan pegawai bank tempatan bagi memperdayakan peminjam bank termasuk penjawat awam melalui pinjaman bertindih.

Januari lalu, SPRM berjaya menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai bank di beberapa institusi kewangan dalam operasi Ops Sky.

Ia hasil penahanan 12 individu dalam serbuan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) di 24 lokasi meliputi rumah kediaman dan pejabat di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

Sebanyak RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam dan modus operandi dipercayai mempunyai unsur rasuah dan pengubahan wang haram.

Kegiatan rasuah dilakukan oleh pegawai institusi perbankan yang membantu memproses serta meluluskan permohonan pinjaman peribadi pelanggan melalui sebuah syarikat perunding kewangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved