Ops Soga XI: 331 ditahan, nilai pertaruhan Piala Dunia 2026 cecah RM2.6 juta

LocalFootball
29 Jun 2026 • 3:43 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Ops Soga XI: 331 ditahan, nilai pertaruhan Piala Dunia 2026 cecah RM2.6 juta

KUALA LUMPUR, 29 JUN: Polis menahan 331 individu kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pertaruhan sukan tanpa lesen dan perjudian dalam talian setakat ini menerusi pelaksanaan Ops Soga XI di seluruh negara sempena Piala Dunia FIFA 2026.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M Kumar berkata, suspek ditahan menerusi 293 serbuan, terdiri daripada 234 warga tempatan dan 97 warga asing dengan operasi turut merampas wang tunai RM145,005.09 serta nilai pertaruhan berjumlah RM2,625,529.46.

“Dalam operasi ini, 185 laman meliputi laman sesawang, platform, aplikasi dan media sosial telah dikesan digunakan bagi aktiviti pertaruhan bola sepak dan mempromosikan aktiviti perjudian.

“Tindakan sekatan laman sesawang dan menurunkan kandungan akan dilakukan dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kumar berkata semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkaitan untuk dokumentasi dan siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1), Seksyen 6(3), Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 4(1)(e) Akta Pertaruhan 1953.

Beliau berkata suspek warga asing yang didapati berada di negara ini tanpa dokumen sah disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 selain siasatan turut dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Ops Soga XI yang dilancarkan bagi membanteras kegiatan pertaruhan sukan tanpa lesen dan perjudian dalam talian yang dijangka meningkat sempena Piala Dunia 2026 dilaksanakan dari 11 Jun hingga 19 Julai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved