Ops Tiris 4.0: KPDN, PDRM periksa stesen minyak Beaufort

LocalPolitics
5 Apr 2026 • 10:31 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BEAUFORT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Beaufort, dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), melaksanakan pemeriksaan bersepadu ke atas beberapa stesen minyak di sekitar pekan ini menerusi Operasi Bersepadu (Ops Tiris 4.0).

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Beaufort, Julie Julhani berkata, operasi itu bertujuan memastikan peraturan berkaitan penjualan dan pengurusan bahan api, dipatuhi.

Katanya, operasi tumpuan kepada semakan rekod stok bagi memastikan ketelusan urus niaga bahan api itu turut disertai Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.

“Selain itu, kita turut memeriksa pematuhan larangan penjualan Petrol RON95 kepada bukan warganegara melalui sistem Budi Madani dan had kuantiti penjualan mengikut kategori kenderaan.

“Pada masa sama, mengenal pasti kenderaan mencurigakan yang berpotensi terlibat dalam penyelewengan diesel,” katanya dalam kenyataan, di sini, Jumaat lepas.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati semua premis mematuhi peraturan dan tiada tindakan penguatkuasaan diambil, namun akan terus giat memantau  dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang sentiasa berada pada tahap tinggi.

Dalam pada itu, katanya, PDRM memberi amaran bahawa sebarang ancaman terhadap pegawai yang menjalankan tugas rasmi tidak akan dikompromi.

“Operasi bersepadu ini akan terus diperkukuh dengan penglibatan pelbagai agensi penguat kuasa, selain meningkatkan kehadiran di lapangan bagi mengukuhkan keyakinan orang awam terhadap usaha kerajaan bagi memastikan kestabilan bekalan bahan api.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan salah laku peniaga boleh menyalurkan aduan melalui saluran rasmi KPDN, termasuk portal e-aduan, talian hotline dan aplikasi Ez ADU KPDN,” katanya.