
PETALING JAYA: Pelakon, Ozlynn Wati meluahkan rasa berang dengan sikap segelintir warga Arab di negara ini yang disifatkannya sebagai biadab dan seolah-olah mahu memperlakukan Malaysia seperti negara mereka sendiri.
Ozlyn atau Rozlinawaty Ismail, 45, berkata, orang Arab yang datang ke Malaysia sering kali berlagak dan tidak menghormati orang tempatan.
“Orang Arab di sini kurang ajar, dia
mahu buat macam di negara dia. Buat orang macam hamba abdi.
“Hari itu di surau gelak berborak macam orang gila semasa anak saya hendak solat. Kalau budak-budak kita tidak kisah, ini awak sudah besar,” katanya menerusi satu hantaran komen di Threads miliknya.
Menurut Ozlyn, tindakannya yang cuba menegur kelakuan biadab itu bagaimanapun dibalas dengan provokasi daripada orang Arab berkenaan.
“Selepas itu, disuruh diam dia melawan sambil buat muka. Nasib baik di dalam surau, kalau di luar segala caci maki saya keluar.
“Jangan cabar Hajjah ya, sudah lama Hajjah tinggalkan dunia muay thai,” selorohnya.
Ozlyn menyuarakan pandangannya itu selepas seorang pengguna media sosial berkongsi cerita mengenai suaminya yang bergaduh dengan warga Arab di dalam lif sebuah pusat beli-belah.
Menurut pengguna berkenaan, individu asing itu sengaja menghalang laluan serta berlagak lif sudah penuh sehingga mereka tidak boleh membawa masuk kereta sorong bayi.
The post Orang Arab di sini kurang ajar, buat orang macam hamba abdi – Ozlynn Wati appeared first on Utusan Malaysia.
