Orang Awam Dibenarkan Tangkap Gambar Dan Video Perokok Di Restoran

16 Feb 2025 • 3:13 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Orang ramai digalakkan menyalurkan bukti ke Pejabat Kesihatan Daerah

Orang Awam Dibenarkan Tangkap Gambar Dan Video Perokok Di Restoran. Dilaporkan, kalau korang pernah rasa terganggu dengan asap rokok ketika makan di restoran, ini berita baik! Sekarang orang ramai dibenarkan untuk ambil gambar dan rakam video perokok yang langgar peraturan di premis makanan atau kawasan larangan merokok.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon, menggalakkan orang ramai untuk menyalurkan bukti ini kepada Pejabat Kesihatan Daerah supaya tindakan tegas boleh diambil.

“Kalau nampak orang merokok di kawasan larangan termasuk restoran, jangan segan. Ambil gambar atau video dan hantar kepada pejabat kesihatan daerah. Kita akan ambil tindakan kerana ini melibatkan kesihatan awam,” katanya semasa Majlis Perasmian Lima Fasiliti Baharu di Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn.

image is not available
Orang Awam Dibenarkan Tangkap Gambar Dan Video Perokok Di Restoran. Sumber gambar: Kosmo

Semua orang termasuk kakitangan kerajaan tidak boleh langgar peraturan

Tian Soon menegaskan bahawa undang-undang ini terpakai untuk semua orang, termasuk kakitangan kerajaan. Jadi, tak ada istilah ‘double standard’ siapa langgar peraturan tetap akan dikenakan tindakan!

Sebaik sahaja aduan diterima, Pejabat Kesihatan Daerah akan melakukan pemeriksaan di lokasi terbabit dan mengambil tindakan susulan.

image is not available
Sumber gambar: Vocket

Kawasan larangan merokok kini makin bertambah

Mulai 1 Januari 2025, lebih banyak tempat akan diwartakan sebagai zon larangan merokok, termasuk premis dobi dan bangunan tempat kerja di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Secara keseluruhan, ada 28 tempat larangan merokok, antaranya:

  • Hospital & klinik
  • Restoran & tempat makan
  • Kedai berhawa dingin
  • Hentian pengangkutan awam
  • Lapangan terbang kecuali bilik merokok
  • Premis kerajaan
  • Sekolah & universiti
  • Pusat hiburan & teater
  • Gimnasium & stadium
  • Bas sekolah & kenderaan awam

So, kalau nampak ada yang masih berdegil, snap gambar dan laporkan sahaja! Sama-sama kita jaga kesihatan awam dan pastikan udara di tempat awam bebas asap rokok!

Lagi berita terkini untuk anda di sini: