Tular Video Aksi Kejar Mengajar Polis Dengan Kereta Kuning Seperti Dalam Filem Di Kluang

Entertainment
14 Feb 2025 • 3:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa video di media sosial kini sedang tular memperlihatkan aksi polis peronda mengejar kereta berwarna kuning di Kampung Melayu dan bandar Kluang, Johor sejak pagi tadi.

Video yang dikongsikan oleh orang awam itu meraih ribuan jumlah tontonan yang mana rata-rata terkejut apabila melihat adegan tersebut.

Dalam video tersebut, polis mengejar kereta kuning itu sebelum ditahan selepas melanggar sebuah kereta lain di lampu isyarat di tengah-tengah bandar itu.

Orang ramai memuji kecekapan anggota polis menahan kereta itu dan ada yang melabelkan aksi tersebut tak ubah seperti dalam filem. Bagaimanapun, maklumat terperici mengenai kejadian masih belum diperoleh daripada pihak polis.

Apapun kita tunggu dulu kenyataan daripada polis mengenai punca kejadian itu.

Sumber : X, Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.