
Mangsa merupakan warga emas berusia 67 tahun
Orang Awam Temui Mayat Lelaki Dalam Parit Di Tudan Miri. Dilaporkan, penduduk di kawasan pusat komersial Tudan semalam dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam sebuah parit berhampiran. Orang awam mula menyedari tubuh yang tidak bergerak di dalam parit tersebut.
Mangsa dikenali sebagai Tho Chin Chiang, 67, dan telah dikenal pasti sendiri oleh abangnya, Toh Chin Huat, yang segera bergegas ke lokasi selepas menerima berita mengejutkan ini.

Mangsa sering dilihat berjalan di sekitar kawasan itu
Menurut sumber, mangsa sering dilihat berjalan di sekitar kawasan itu sebelum kejadian berlaku.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri memaklumkan bahawa mereka menerima panggilan daripada polis pada jam 5.32 petang, 8 Januari dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lutong dikerahkan ke lokasi.

Setibanya mereka pada jam 5.40 petang, operasi segera dimulakan untuk mengeluarkan mangsa dari parit berkenaan. Setelah mendapat kebenaran daripada pasukan penyiasat polis, bomba bertindak mengangkat mayat mangsa dan menyerahkannya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pengesahan.
Mangsa disahkan meninggal dunia dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan serta siasatan lanjut.
Buat masa ini, punca kejadian masih belum diketahui, dan siasatan akan dijalankan untuk mengenal pasti apa sebenarnya yang berlaku.
Lagi berita terkini untuk anda di sini:



