Polis Perketat Keselamatan Di Lokasi Tumpuan Ramai Di Seluruh Negara Susulan Kes Temb*k di Setia Alam

LocalPolitics
9 Feb 2025 • 3:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Susulan kes tembakan di sebuah pusat beli belah di Setia Alam, Selangor pada malam tadi, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatakan pihak mereka akan memperketatkan lagi keselamatan di kawasan tumpuan ramai orang awam seperti pusat beli belah dan sebagainya.

Menurut Tan Sri Razarudin Husain iaitu Ketua Polis Negara, pengawal keselamatan dan anggota polis bantuan yang betugas di kawasan tumpuan ramai itu juga harus sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling terutamanya jika mereka melihat aktiviti yang mencurigakan, lapor Sinar Harian.

image is not available

Selain itu, warganet juga berpendapat bahawa pusat beli belah di seluruh negara sepatutnya meletakkan mesin metal detector badan di setiap pintu masuk bangunan agar mana-mana individu yang membawa senjata berbahaya seperti senapang dan pistol dapat dikenalpasti.

Selain itu, ada juga yang berpendapat pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) sepatutnya diperluaskan lagi di semua kawasan tumpuan umum.

image is not available

Untuk pengetahuan semua, kebanyakan pusat beli belah di negara Thailand mempunyai mesin tersebut di pintu masuk bangunan mereka untuk mengesan jika ada individu berniat jahat yang membawa senjata di tempat umum.

Namun, dalam masa yang sama, ada juga yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana mereka mengganggap ini adalah kes terpencil dan ia akan menyusahkan pengunjung.

Apa pula pendapat anda?

Sumber: Sinar Harian

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.