“Orang beratoq lama” – Kena ‘Halau’ Sebab Makanan Habis, Individu Bengang Kedai Viral Tak Mohon Maaf

Entertainment
20 Nov 2023 • 11:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebiasaan kedai makan yang viral di media sosial, ia pasti akan dikunjungi oleh orang ramai terutamanya golongan food hunter. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika kedai viral itu dibanjiri orang ramai sehingga ada yang sanggup beratur berjam-jam demi merasai sendiri kesedapan makanan tersebut.

Baru-baru ini, tular di X seorang individu bengang kerana ‘dihalau’ oleh pekerja gerai makanan viral selepas stok makanan itu telah habis.

image is not available

Ramai pelanggan dah beratur lama

Menurut individu tersebut, dia perlu beratur panjang sebelum dapat membeli makanan di sebuah gerai yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu. Sewaktu sedang beratur, pekerja di gerai itu tidak memberitahu langsung kepada pelanggan lain jika stok roti pada ketika itu semakin susut.

Kedai paling bang***. Orang beratoq panjang-panjang, lepas tu bila dah nak habis dia tak bagitau. Bila dah habis roti, dia suruh orang blah macam tu.

Tiada permohonan maaf

Dikatakan apabila roti tersebut sudah habis, pekerja itu hanya menyuruh pelanggan yang sedang beratur untuk beredar tanpa sebarang permohonan maaf.

Orang beratoq lama, kot nak habaq kata dah nak habis, Minta maaf pun tidak. Bila orang tanya, dia buat buat tak paham bahasa. English ka Melayu ka dia buat buat tak paham.

Selain tiada kata maaf, pekerja itu hanya terus membungkus barang-barang dari gerai itu lalu masuk ke dalam kedai.

Minta maaf pun takda. Dia bungkuih barang lepas tu masuk dalam kedai buat taktau ja.

Rata-rata netizen di ruangan balas juga menceritakan pengalaman mereka membeli roti di gerai itu. Ramai yang mengadu makanannya tidak begitu sedap seperti yang dihebahkan oleh orang ramai di media sosial.

image is not available

Selain itu, ada netizen memberitahu pengalamannya membeli di kedai itu. Dia bernasib baik kerana pekerja gerai itu memaklumkan terlebih dahulu tentang stok roti yang semakin susut.

image is not available

Kalau min tunggu takde orang beratur, baru min beratur hehe

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.