Satu hantaran di media sosial mencuri perhatian selepas seorang individu dilihat menegur seseorang yang dikenali sebagai Yuti mengenai isu pembayaran hutang.
Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan menasihatkan supaya hutang dilangsaikan terlebih dahulu dan tidak mengelak daripada pihak yang menuntut semula wang mereka.
View this post on Instagram
“Dear Yuti, orang cuma minta hutang balik je. Sebab tu lah, apa-apa bayar hutang dulu.”
Individu itu turut menyarankan agar Yuti menunjukkan usaha untuk membayar semula hutang tersebut walaupun secara berperingkat.

“Tunjuk effort nak bayar even sikit demi sikit, lama-lama habis lah.”
Dalam masa sama, dia menyifatkan tindakan mengelak daripada pihak yang menuntut bayaran boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih rumit, selain membuatkan individu yang mahu mendapatkan semula wang mereka seolah-olah terpaksa meminta-minta.

“Jangan lari-lari buat orang macam mengemis duit sendiri.”
Hantaran tersebut turut disertakan bersama gambar seorang wanita dan lelaki dalam satu majlis, selain satu lagi perkongsian panjang mengenai pengalaman berdepan pelbagai ujian serta usaha untuk bangkit semula.
Sebelum ini, seorang usahawan menerusi akaun Threads @datin_lyanaz_official mendakwa seorang pempengaruh terkenal masih belum melunaskan hutang bernilai RM1.4 juta selain mempersoalkan gaya hidup mewah individu terbabit.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Beli Hermes Boleh, Bayar Hutang Liat" - Usahawan Akhirnya Dedah Identiti Pempengaruh Berhutang RM1.4 Juta
The post “Orang Cuma Minta Hutang Balik” – Pempengaruh Terpalit Isu Tak Bayar Hutang RM 1.4 Juta, Hantaran Sayu Jadi Tumpuan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



