Pertahan Nadeera Zaini, Aisha Retno tegur individu cemuh artis

Entertainment
9 Sep 2026 • 4:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pertahan Nadeera Zaini, Aisha Retno tegur individu cemuh artis

PETALING JAYA: Penyanyi, Aisha Retno tampil mempertahankan rakan seperjuangannya, Nadeera Zaini yang menerima kecaman daripada seorang individu di media sosial.

Menerusi beberapa hantaran di Threads, Aisha menegur individu terbabit yang didakwa bukan sahaja mengkritik Nadeera, malah sering memberikan komen berbaur sindiran terhadap artis lain.

“Boleh tak awak berhenti? Gambar profil pun menggunakan AI, tetapi tergamak pula menghakimi kakak saya seperti ini. Carilah kehidupan sendiri, terima kasih.

“Awak perlu berhenti. Semua artis awak bidas dan cemuh secara halus. Awak tahu tak bagaimana perasaan mereka secara peribadi?” katanya di ruangan balas Threads.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Tak Adil itu meminta orang ramai memberi ruang kepada anak seni untuk berkarya dengan penuh minat tanpa perlu berdepan kecaman yang keterlaluan.

“Biarkan orang berkarya dengan penuh minat dan semangat, melainkan awak sanggup menjawab semua ini di Padang Mahsyar, maka silakan.

“Maaf jika kata-kata ini mungkin kedengaran menyakitkan, tetapi kami hanya mahu menyebarkan kebaikan dan memberikan sokongan di Threads.

“Tolong jangan jadikan Threads sebagai platform yang toksik. Saya tahu jauh di sudut hati, awak sebenarnya seorang yang baik. Kita sokong semua orang, okey,” ujarnya.

Terdahulu, seorang individu memuat naik hantaran berbaur sindiran terhadap tindakan Nadeera yang didakwa gemar menghulurkan mikrofon kepada penonton ketika membuat persembahan.

Kurang senang dengan tindakan individu terbabit, Aisha tampil lantang menegur pemilik akaun berkenaan sekali gus meraih pelbagai reaksi dari kalangan netizen.

The post Pertahan Nadeera Zaini, Aisha Retno tegur individu cemuh artis appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved