“Orang Doakan Kau Untuk Dapat Hidayah, Bukan Kau Terus Jadi Hidayah” – Damian Mikhail Tegur Penampilan ‘Wanita’ Saiful Malaysian Idol

LocalEntertainment
1 Jul 2025 • 3:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi serta komposer dikenali ramai iaitu Damian Mikhail tampil memberi teguran kepada bekas peserta Malaysian Idol, Saiful yang baru-baru ini mendedahkan dirinya sudah jalani hidup sebagai seorang ‘wanita’.

‘Orang doa kau dapat hidayah, bukan kau jadi hidayah’

Dapat dilihat dalam perkongsiaan di platform media sosial, Damian menegaskan bahawa orang ramai mendoakan Saiful untuk mendapat hidayah, bukannya memberi sokongan untuk terus menukar identiti.

Orang doakan kau untuk dapat hidayah, bukan untuk kau terus jadi hidayah.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, penyanyi tersebut turut mengkritik kecenderungan segelintir netizen yang seolah-olah meraikan perubahan idenditi Saiful yang dilakukan secara terang-terangan tanpa ada rasa malu.

Harap kembali ke pangkal jalan

Nak pakai baju perempuan ke, zirafah ke, Spiderman ke, itu antara kau dan Allah. Tapi hipokrit sebenar ialah bila tak boleh terima diri dilahirkan sebagai lelaki, tapi cuba jadi perempuan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Damian Mikhail (@damianmikhailmusic)

Susulan itu, Damian menzahirkan harapannya agar Saiful kembali ke pangkal jalan dan tidak terus hanyu dengan gaya hidup yang sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam.

image is not available 1 day ago

"Kehidupan Bagaikan Roda.." - Berubah Jadi 'Perempuan', Saiful Malaysian Idol Sedar Diri Tak Disukai Ramai