“Orang doakan kau untuk dapat hidayah bukan jadi Hidayah” – Damian Mikhail Tempelak Saiful Malaysian Idol

Entertainment
1 Jul 2025 • 4:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi dan komposer, Damian Mikhail menegur bekas peserta Malaysian Idol, Saiful selepas videonya terbaharunya tular kerana tampil dengan penampilan sebagai seorang wanita.

Menerusi laman Threads, Damian menegaskan bahawa orang ramai mendoakan agar Saiful untuk mendapat hidayah dan terus menukar diri daripada jantina asal.

“Orang doakan ko utk dapat Hidayah bukan utk ko terus jadi Hidayah. Nak pakai baju perempuan ke, nak pakai baju zirafah ke, Spiderman ke, itu kau buat diam2 antara kamu dan Allah.”

Berkenaan dengan kenyataan Saiful yang mengatakan dia tidak mahu jadi hipokrit, perkara itu ditepis oleh Damian.

image is not available

“Hipokrit sebenar adalah apabila anda yang tak boleh terima anda dilahirkan sebagai lelaki tapi nak cuba jadi perempuan. Semoga kembalilah ke pangkal jalan.”

Sebelum ini, Saiful Bakeri ada tampil memberikan kenyataan berhubung dengan video tularnya itu, katanya, dia akui sudah lama memiliki naluri wanita sejak menyertai program realiti Malaysian Idol lagi.

image is not available

“Biarlah saya berterus terang, sebelum saya sertai Malaysian Idol lagi, naluri saya memang dah lama macam ni. Saya tak mahu menjadi hipokrit dan menipu satu Malaysia, lambat laun orang akan tahu.”

“Lagipun saya tak kacau hidup orang lain dan paling penting saya pandai jaga diri sendiri.”

Jelas Saiful lagi, video yang kini sedang tular memperlihatkan dia menyanyikan lagu popular Ku Juga Mencintai Dirimu itu adalah video lama. Ketika itu, rakannya meminta dia menyanyikan lagu tersebut.

Sumber : Thread, mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved