Orang Gaji Campur Air Kencing Dalam Makanan Kerana Sakit Hati Dengan Majikan

LocalEntertainment
19 Oct 2024 • 10:56 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
orang gaji

Dilaporkan pihak polis India telah menahan seorang wanita berusia 32 tahun kerana memasukkan air kencing dalam makanan keluarga majikannya sehingga mereka jatuh sakit.

Suspek, Reena Kumar yang sudah bekerja sebagai orang gaji selama 8 tahun di Ghaziabad bersama majikannya tidak mempunyai sebarang masalah sebelum ini.

Namun beberapa bulan ini Reena dikatakan mengalami tekanan dan kemurungan hingga menghidapi penyakit hati.

image is not available

Pembantu rumah sudah menyediakan makanan sejak lapan tahun lalu di rumah saya.

Bagaimanapun, sejak beberapa bulan lalu, keluarga saya mengalami komplikasi kesihatan dan hasil rakaman CCTV mendapati dia membuang air kecil di dalam sebuah perkakas dan selepas itu mencampurkannya dengan capati – keluarga mangsa

Hasil siasatan mendapati suspek ingin membalas dendam terhadap majikannya yang selalu marah apabila beliau melakukan kesilapan kecil.

Kes disiasat di bawah Seksyen 272 (Perbuatan Menyebarkan Jangkitan Penyakit Merbahaya Kepada Nyawa).

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian