Orang Hilang: Polis Minta Bantuan Kesan Dhiya Azzahra

8 Dec 2024 • 5:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang kanak-kanak perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan, yang tidak pulang ke rumah sejak pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata Dhiya Azzahra Muhamad Alhalifi, 12, dilaporkan hilang oleh bapanya pada 7.40 malam tadi selepas menyedari anak kedua daripada lima adik beradik itu tidak pulang ke rumah sejak 9 pagi semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati Dhiya Azzahra memaklumkan kepada bapanya untuk menghadiri sambutan hari lahir di sekolah pada pagi semalam sebelum disedari tidak pulang ke rumah di Seksyen U3, Shah Alam, Selangor.

“Kanak-kanak itu berketinggian 150 sentimeter, mempunyai berat 45 kilogram dan berkulit sawo matang.

“Dia kali terakhir dilihat memakai seluar denim, baju sejuk, tudung berwarna hitam dan kasut sukan berwarna-warni,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hafiz berkata Dhiya Azzahra mempunyai masalah katarak pada mata kanannya semasa kecil dan telah melakukan pembedahan bagi membuang selaput.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kanak-kanak itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Hizam Talib menerusi talian 012-6550 262.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved