“Orang Ingat Saya Yang Tak Boleh Lupa” – Hantaran Bossned Undang Perhatian

EntertainmentLifestyle
10 Sep 2025 • 11:18 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia bossned nora danish

Nama Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Bossned sekali lagi menjadi perhatian selepas dia memuat naik hantaran di Threads yang mencuri tumpuan ramai.

Perkongsian itu membuatkan netizen kembali mengaitkan dirinya dengan gosip panas bekas isterinya, Nora Danish.

Hantaran Bossned raih perhatian

image is not available

Walaupun Bossned tidak menyebut nama sesiapa, rata-rata netizen beranggapan kenyataan itu ditujukan kepada gosip yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Ramai yang mendakwa ia ada kaitan dengan khabar angin mengenai bekas isterinya bersama seorang lelaki bernama Mickey.

image is not available

Dalam masa sama, ada juga pengikut yang tampil memberikan nasihat supaya Bossned terus melangkah ke hadapan.

Mereka berpendapat sudah tiba masanya dia memberi fokus pada kehidupan baharu dan tidak lagi memikirkan kisah lalu.

Pssttt! Setiap kali Bossned bersuara, pasti ada sahaja teka-teki dan spekulasi daripada netizen. Walau apa pun, mungkin ada benarnya kata pengikutnya – lebih baik membuka lembaran baru daripada terus dibayangi kisah lama.


Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.