“Orang jual dia nak jual” – ‘Pastry’ Cromboloni Rupa Roti Bom Undang Kecaman Netizen

Entertainment
27 Dec 2023 • 4:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kini sedang tular satu jenis pastri yang dikenali sebagai Cromboloni, ia mula menjadi terkenal selepas sebuah kafe mewah di New York mula menjualnya.

Ia merupakan hybrid di antara pencuci mulut terkenal Perancis iaitu croissant serta bomboloni yang merupakan donat berinti krim seperti strawberi, pistachio atau vanilla.

Buat peniaga-peniaga di luar sana, ramai yang melihat ini sebagai satu peluang untuk mereka menjual sesuatu yang baharu dan mencari pendapatan tambahan.

“Dah macam roti bom”

Pun begitu, ramai yang seakan sudah tertipu dengan peniaga yang seakan menjual pastri tersebut sambil lewa dan tidak tahu bagaimana cara pembuatan sebenar manisan tersebut.

Perkara itu diluahkan oleh seorang pengguna X yang sudah pastinya sangat hampa dengan cromboloni yang dibelinya itu.

Malah di ruangan replies, ramai yang mengeluarkan kecaman terhadap peniaga yang tidak jujur seperti itu.

image is not available

Aduhai, kalau nak meniaga tu buat research sikit geng…

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.