Orang KL, Selangor, Kelantan & Pahang Jangan Panik Jika Bunyi Siren Pada Telefon 19 Nov, Ketahui Tentang Ujian Amaran Banjir CBS

14 Oct 2026 • 6:22 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Orang KL, Selangor, Kelantan & Pahang Jangan Panik Jika Bunyi Siren Pada Telefon 19 Nov, Ini Info Ujian Amaran Banjir CBS Korang Patut Tahu

Pada 19 November ini, penduduk di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan dan Pahang berkemungkinan akan menerima amaran bencana pada peranti telefon masing-masing.

Ini susulan ujian rintis Sistem Amaran Bencana berasaskan Cell Broadcast System (CBS) yang akan dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di beberapa kawasan dikenal pasti berisiko mengalami banjir.

Image from: Orang KL, Selangor, Kelantan & Pahang Jangan Panik Jika Bunyi Siren Pada Telefon 19 Nov, Ketahui Tentang Ujian Amaran Banjir CBS
Sumber: Malay Mail

Bagaimana Amaran CBS Berfungsi?

CBS berfungsi menghantar amaran terus ke telefon di kawasan terjejas tanpa memerlukan nombor telefon, SMS, sambungan internet, pelan data atau aplikasi pihak ketiga untuk menerima siaran.

Memetik Amanz, sistem tersebut beroperasi selagi mana terdapat sekurang-kurangnya satu rangkaian mudah alih aktif. Pemakluman amaran ini dikatakan lebih pantas serta tepat berbanding sistem SMS sedia ada.

Namun sekiranya rangkaian pengguna terputus akibat bencana, amaran hanya dapat dihantar semula selepas sambungan dipulihkan.

Tidak Perlu Daftar Nombor Telefon Untuk Terima Notifikasi Amaran Banjir

Semasa bencana benar-benar berlaku, semua orang di kawasan terjejas akan menerima amaran secara automatik tanpa perlu mendaftar nombor telefon.

Jangan Panik Jika Keluar Bunyi Siren Daripada Telefon Bimbit Pada 19 November 2026

Untuk info, mesej simulasi pada 19 November itu akan disertai dengan bunyi siren dan arahan seperti mencari perlindungan. Namun begitu, usah risau dan jangan terus panik kerana ia hanyalah simulasi dan bukannya bencana sebenar.

Sistem CBS Turut Dilengkapi Ciri Vibrate, Mudahkan Golongan OKU Terima Notifikasi

Antara ciri lain yang dilengkapi sistem ini adalah getaran (vibrate), audio dan bacaan automatik bagi memastikan golongan kurang upaya (OKU) tidak terlepas daripada menerima maklumat penting tersebut.

Ujian lapangan ini penting bagi memastikan amaran dan mesej sampai ke telefon individu di kawasan terjejas. Selain itu ia akan menguji kesediaan semua pihak dalam menghadapi keadaan darurat.

Tunggu Info Dari MCMC Tentang Masa, Senarai Daerah & Tempoh Bunyi Siren Diuji

Memetik WilayahKu, MCMC akan mengeluarkan butiran rasmi mengani masa khusus, senarai daerah dan tempoh bunyi amaran itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada November tahun lalu berkata, sistem amaran awal yang lebih cekap, tepat dan pantas ini akan membantu mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan harta benda, terutama semasa Monsun Timur Laut (MTL).

Macam Macam Fungsi & Bunyi Siren Ini?

Jelas Ahmad Zahid lagi baru-baru ini, sistem CBS yang menghantar amaran kecemasan ini mempunyai fungsi yang sama seperti Wireless Emergency Alerts (WEA) yang digunakan di Amerika Syarikat (AS).

Contoh amaran kecemasan seperti di AS:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved