“Orang Lain Ambil Datuk Dekat Istana, Kami Di Hospital” - Anak Selamat Bersalin, Netizen Terhibur Dengan Sharifah Shahirah, Siap Pakai Selempang Kuning

20 Dec 2024 • 10:28 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Sharifah Shahirah memaklumkan anak sulungnya, Tallisya selamat melahirkan cahaya mata pada Jumaat.


Bahagia jadi datuk dan nenek

Berita gembira itu dikongsi Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah cara Shiera menulis kapsyen untuk mengumumkan berita tersebut.

Paling comel apabila Shiera yang bersama suaminya iaitu Ijoy Azari berpakaian seperti penerima anugerah gelaran Datuk di istana lengkap dengan berselempang kuning.

“Giliran kami pula dapat Datuk di hospital, Kuantan Pahang. Tahniah Datuk @ejoyazari, selempang dah sama dengan jalan raya.

“Ha Allah bagi rezeki Datuk, ambil, siapa suruh kahwin dengan aku, dah dapat Datuk. Orang lain ambil Datuk dekat istana kami di hospital, steady,” tulisnya.

 

Netizen terhibur kapsyen Shiera


Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen menyatakan rasa terhibur dengan kapsyen Shiera selain mengucapkan tahniah kepada mereka sekeluarga.

Terdahulu, Tallisya, 26, merupakan anak hasil perkahwinannya bersama bekas suami iaitu Jatt Black Dog Bone.

Shiera kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Ijoy pada tahun 2003 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Airel, 20, Airra, 17, Audra, 15 dan Adeena, 8.