“Orang Masih..” – Park Minyoung Pilih ‘What’s Wrong With Secretary Kim?’ Sebagai Drama Paling Bermakna

Entertainment
3 Aug 2024 • 11:04 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Merupakan seorang pelakon berbakat, Park Min-young juga telah menemui penonton menerusi pelbagai drama.

Baru-baru ini, Park Min-young telah menghadiri acara ‘KCON LA 2024’ yang diadakan di Los Angeles, untuk pertemuan bersama peminat dan juga penampilannya sebagai pengacara di situ.

Ketika sesi temu bual, wanita itu ditanya apakah drama lakonannya yang paling diingati. Jawab Park Min-young,

Saya rasa ‘What’s Wrong with Secretary Kim?’.

image is not available

Jelasnya mengapa,

Ia adalah karya di mana saya bebas berlakon dan meluahkan pelbagai perkara. Ramai orang masih ingat saya untuk watak dalam drama itu.

Rasa macam nak ulang tengok balik pula drama ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.