
Siapa je yang tak suka pergi pasar malam kan. Pasar malam lah tempat untuk kita beli makanan dengan harga yang lebih murah berbanding makanan di pusat beli belah kan.
Namun, harga murah yang dikenakan bukanlah tiket untuk peniaga bersikap tidak jujur kepada pelanggan atau pembeli. Seperti yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila dia mendapati donut yang dibeli olehnya di sebuah tapak ekspo rupa-rupanya adalah roti burger yang ditebuk lubang di bahagian tengah.
Menurut perkongsian Fatimah Mulyati di Facebook, dia pada mulanya tertarik untuk membeli donut tersebut di sebuah gerai di ekspo di Pantai Irama, Bachok, Kelantan kerana donut itu dihias berwarna-warni.
Namun, apabila ‘donut’ tersebut dimakan oleh anaknya, dia mendapati itu bukanlah donut, sebaliknya roti burger.

Artikel Berkaitan: Berlakon Seperti Pekak & Bisu, Pengemis Pasar Malam Kantoi Miliki Kereta Proton X70 Premium
Artikel Berkaitan: Warganet Teruja Lihat Penyanyi Nombor 1 Negara Beli Mainan Untuk Anak Di Pasar Malam
Wanita itu kemudiannya kembali semula ke gerai yang menjual donut itu untuk mendapatkan kepastian jika donut itu memang roti burger.
Namun, dia kecewa dengan penjual itu kerana penjual itu masih mengatakan bahawa makanan itu donut sedangkan ia bukanlah donut seperti yang didakwa oleh penjual terbabit.
Difahamkan, ‘donut’ tersebut dijual dengan harga RM3 untuk setiap satu.
Dia turut menasihati agar peniaga-peniaga di luar sana agar sentiasa berlaku jujur dalam perniagaan.
Selain itu, seorang lagi pembeli lain juga difahamkan turut menjadi mangsa donut palsu ini seperti yang dikongsikan menerusi Facebook Menarik Klate Kito.

Ada netizen yang berpendapat tak salah jika mahu menjual roti burger disalut coklat atau krim strawberi, tapi penjual tak boleh dakwa itu donut, sebaliknya perlu jelaskan pada pelanggan yang itu memang roti biasa yang disalut coklat. Kena jujur la kan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.




