“Orang nak jual, kau pun nak jual” – Individu Hampa Dapat Ayam Masih ‘Pink’ Di Bazar Ramadan

Entertainment
5 Mar 2025 • 10:29 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bulan Ramadan ini bukan sahaja bulan di mana amal ibadat dipertingkatkan, malah menjadi kebiasaan di Malaysia untuk adanya bazar Ramadan yang biasanya menjual juadah untuk berbuka puasa.

Ramai peniaga tidak melepaskan peluang untuk menambah pendapatan mereka di bulan yang mulia ini, namun ada juga peniaga yang membuatkan pembeli naik angin dengan kualiti makanan yang ditawarkan.

Seperti yang tular baru–baru ini di TikTok, seorang pembeli kesal apabila ayam bakar yang dibeli di bazar Ramadan masih mentah dan berwarna merah jambu.

Difahamkan, pengguna TIkTok @myliyaaaa itu membeli lauk ayam itu sebagai juadah berbuka puasa, dia juga menyifatkan peniaga itu terlalu mahu ‘cepat kaya’ kerana menjual makanan dalam kualiti sebegitu rupa.

Perkongsiannya itu turut mendatangkan kemarahan netizen lain, rata-rata beranggapan ianya sesuatu yang amat tidak wajar malah jualan makanan dengan kualiti begitu membuatkan pembeli terdedah kepada pelbagai penyakit.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 17 saat itu sudah mendapat lebih 230K tontonan serta lebih 600 komen.

Tak baik lah aniaya orang macam tu…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.