Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Mey meluahkan rasa kecewa apabila bunyi muzik dan mikrofon bagi aktiviti senaman pound yang berlangsung sekitar rumahnya terlampau kuat sehingga mengganggu ketenteraman penduduk di kawasan itu.
Bunyi Muzik Pound Di Padang Arena Sukan KL Terlampau Kuat
Menerusi video tersebut, kelihatan orang ramai sedang melakukan senaman pound itu di antara laluan trek larian dan juga padang bola diiringi muzik yang agak kuat.
Difahamkan aktiviti pound tersebut dilakukan di Padang Arena Sukan Kuala Lumpur.
‘Saya Tahu Seronok Tapi Ni Malam Selasa Tau’ – Penduduk
Menurut Mey, bunyi muzik yang kuat itu dipasang pada waktu yang kurang sesuai yang mana segelintir penduduk mahu berehat memandangkan ia dianjurkan pada malam hari bekerja.
“Saya bukan nak jadi joy killer. Saya tahu seronok. Tapi boleh ke perlahankan muzik dan mikrofon tu. Hari ni Selasa tau. Situasi sekarang pukul 8.57 malam,” katanya di ruangan kapsyen.
View on Threads
Wanita Pernah Luah Hasrat Untuk Sertai Pound, Tapi Tarik Balik Niat Selepas Penat Hadap Bunyi Muzik Kuat
Menerusi ruangan balas, Mey berkata dia sebelum ini pernah memuat naik satu hantaran meluahkan keterujaannya selepas mendapati terdapat acara senaman pound dianjurkan di sana. Malah dia juga pernah meluahkan hasrat untuk menyertainya.
Bagaimanapun, selepas beberapa sesi pound dijalankan, dia berasa tidak seronok bahkan membuatkannya bertambah stres kerana perlu menghadap bunyi kuat itu lebih-lebih lagi selepas pulang dari tempat kerja.
Wanita Rasa Semakin Penat & Stres Selepas Pulang Kerja
“Saya pernah post dulu dengan (luah) rasa gembira tengok dan teringin nak sertai. Tapi beberapa sesi selepas tu saya rasa agak kuat pula muzik dan mikrofon dan dah rasa tak seronok bila balik kerja penat nak kena tahan ni (bunyi bising).
“Balik kerja dah lambat bila macam ni rasa makin penat dan makin stres. Maaf kalau posting saya ni buat ahli-ahli terasa tapi saya rasa saya perlu luah ni sebab saya dah penat lalui benda ni,” tambahnya lagi.
View on Threads
3-4 Bangunan Kena Hadap Bingit Muzik Kuat Senaman Pound – Netizen
Perkongsian dan luahan Mey nyata telah mendapat perhatian ramai pengguna Threads.
“50 orang berzumba (sertai senaman pound), yang kena hadap bingitnya sampai tiga ke empat bangunan,” kata seorang warganet.
‘Sumpah Penat, Boleh Dikatakan Setiap Hari Pasang Muzik Kuat’ – Penduduk
Malah ada juga pengunjung padang bola tersebut bersetuju dengan keluhan Mey mengenai bunyi muzik yang kuat.
“Pertama kali saya jumpa penduduk di sana mengadu. Sebelum ni teman suami saya main bila, asyik tertanya-tanya tak ada penduduk yang complaint ke eh? Tak bising ke? Sebab padang ni setiap jam ada orang tempah,” ujar seorang wanita.
“Izinkan saya juga meluah ya! Sumpah penat. Boleh dikatakan setiap hari dan setiap hujung minggu. Belum lagi yang buat Hari Sukan. Pagi-pagi dah buka muzik kuat kesian dekat anak yang masih bayi. Kami sangat-sangat terganggu dengan program dan acara dekat situ.
“Stres la. Balik kerja penat-penat kena hadap semua ni. Sabtu dan Ahad lagi la,” tambah seorang lagi individu yang mengakui sebagai penduduk di sana.
Sementara itu, segelintir individu turut menasihatkan para penduduk terkesan untuk membuat aduan kepada pihak berkaitan.
Menerusi semakan kami, pihak penganjur belum memberi sebarang komen atau maklum balas mengenai isu tular.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: “Orang Penat Balik Kerja” – Penduduk Stres Muzik Kuat Iringi Senaman Pound Ganggu Kawasan Kediaman [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/fitness-pound-ganggu-ketenteraman-penduduk-di-kawasan-stadium-655x1024.jpg)
![Image from: “Orang Penat Balik Kerja” – Penduduk Stres Muzik Kuat Iringi Senaman Pound Ganggu Kawasan Kediaman [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/fitness-pound-ganggu-ketenteraman-penduduk-di-kawasan-stadium-2-1024x507.jpg)
![Image from: “Orang Penat Balik Kerja” – Penduduk Stres Muzik Kuat Iringi Senaman Pound Ganggu Kawasan Kediaman [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/fitness-pound-ganggu-ketenteraman-penduduk-di-kawasan-stadium-3-1024x989.jpg)
![Image from: “Orang Penat Balik Kerja” – Penduduk Stres Muzik Kuat Iringi Senaman Pound Ganggu Kawasan Kediaman [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/fitness-pound-ganggu-ketenteraman-penduduk-di-kawasan-stadium-4-689x1024.jpg)
![Image from: “Orang Penat Balik Kerja” – Penduduk Stres Muzik Kuat Iringi Senaman Pound Ganggu Kawasan Kediaman [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/fitness-pound-ganggu-ketenteraman-penduduk-di-kawasan-stadium-5-1024x980.jpg)
![Image from: “Orang Penat Balik Kerja” – Penduduk Stres Muzik Kuat Iringi Senaman Pound Ganggu Kawasan Kediaman [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/fitness-pound-ganggu-ketenteraman-penduduk-di-kawasan-stadium-6-1024x938.jpg)
![Image from: “Orang Penat Balik Kerja” – Penduduk Stres Muzik Kuat Iringi Senaman Pound Ganggu Kawasan Kediaman [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/fitness-pound-ganggu-ketenteraman-penduduk-di-kawasan-stadium-7-1024x645.jpg)
![Image from: “Orang Penat Balik Kerja” – Penduduk Stres Muzik Kuat Iringi Senaman Pound Ganggu Kawasan Kediaman [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/fitness-pound-ganggu-ketenteraman-penduduk-di-kawasan-stadium-8-1024x430.jpg)


