Orang ramai diajak meriahkan hari tanpa kenderaan bandar raya Subang Jaya Ahad ini

1 Feb 2023 • 11:49 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SUBANG JAYA, 31 JAN : Orang ramai dipelawa memeriahkan program Hari Tanpa Kenderaan MBSJ @ Selamat Pagi Subang Jaya anjuran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) 5 Februari ini.

Timbalan Datuk Bandar Mohd Zulkurnain Che Ali berkata pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena program yang berlangsung di Jalan SS16/1 berhadapan pasar raya Aeon Big Subang Jaya, mulai 7 hingga 11 pagi.

“Pada edisi kali ini ada beberapa aktiviti tambahan diadakan antaranya Endurance Challenge (Basikal), Eco Free Market, Kejohanan Push Bike, Pertandingan Buskers dan Kejohanan Street Soccer Piala Datuk Bandar.

“Selain itu, terdapat juga aktiviti larian santai, berbasikal santai, pesta sarapan, kendera saji, pemeriksaan kesihatan percuma, bekam, memanah dan cabutan bertuah,” katanya dalam mesyuarat bulanan pihak berkuasa tempatan itu semalam.

Hari Tanpa Kenderaan MBSJ @ Selamat Pagi Subang Jaya yang bermula sejak Ogos tahun lalu itu dijalankan pada Ahad minggu pertama setiap bulan.

Program itu dianjurkan sebagai usaha menjadikan MBSJ sebagai bandar rendah karbon menjelang 2030.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved