Orang ramai dijemput hadir berbuka puasa bersama PM di Putrajaya

LocalPolitics
9 Mar 2025 • 10:38 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebanyak 10,000 pek juadah hidangan berbuka turut disediakan bagi semua tetamu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar hari ini mempelawa orang ramai hadir ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok.

Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata, majlis anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama 13 agensi Hal Ehwal Agama Islam itu akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya mulai jam 5.30 petang hingga 8 malam.

"Sebanyak 10,000 pek juadah hidangan berbuka turut disediakan bagi semua tetamu,” katanya.

Beliau berkata majlis turut diserikan dengan ceramah oleh Timbalan Mufti Pahang Datuk Badli Shah Alauddin yang bertajuk "Ramadan Pemacu Ummah MADANI" serta persembahan kumpulan nasyid terkenal Rabbani.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved