Orang ramai dijemput kunjungi gerai Pernas di Franchise International Malaysia mulai 18 hingga 20 Mei 2023

Business & Finance
18 May 2023 • 12:26 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Orang ramai dijemput kunjungi gerai Pernas di Franchise International Malaysia mulai 18 hingga 20 Mei 2023

zulfadli

18/05/2023 - 12:26

KUALA LUMPUR 18 Mei - Orang ramai yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai francais boleh berkunjung ke gerai pameran Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) sempena penganjuran Franchise International Malaysia 2023.

Pernas dalam kenyataan memaklumkan, ekspo tersebut akan berlangsung bermula 18 hingga 20 Mei 2023 di Hall 6, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Katanya, pelbagai aktiviti ditawarkan kepada pengunjung, termasuk sesi penerangan mengenai perkhidmatan dan produk Pernas seperti pembiayaan francais, pelaburan francais, latihan francais, pelaburan ekuiti dan kaji selidik mengenai jenama Pernas.

"Pernas menyokong usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA) untuk mempromosikan perniagaan francais di samping melahirkan lebih ramai usahawan francais Malaysia.

"Penganjuran program ini juga membuka peluang Pernas mencari pelanggan yang berpotensi dan mengukuhkan kedudukan Pernas sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam industri francais," katanya.

Menurut Pernas, ia turut memberi pendedahan dan maklumat mengenai perniagaan francais serta peluang menceburi perniagaan khususnya francais kepada para usahawan, bakal-bakal usahawan dan orang awam melalui khidmat konsultasi dan rundingan.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Selain itu, ia juga dapat mempromosikan produk, jenama dan peranan Pernas kepada masyarakat khususnya kepada pengunjung yang hadir serta mewujudkan garis dasar mengenai maklum balas pelanggan mengenai jenama Pernas. - DagangNews.com