“Kurus sebab dah tak larat” – Akka Nasi Lemak Sedih, Akui Semakin Penat Lepas Viral

Entertainment
18 May 2023 • 6:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang peniaga nasi lemak berbangsa India baru-baru ini tular apabila gerai nasi lemaknya yang terletak di Seri Kembangan, Selangor laku keras dan pembeli beratur dalam barisan yang sangat panjang.

Daripada beberapa video yang tular, kelihatan orang ramai beratur panjang seawal 5 pagi untuk mendapatkan nasi lemaknya itu.

Walaupun ianya impian setiap peniaga, namun ada sisi gelap yang terpaksa peniaga seperti Sangheeta yang merupakan pemilik gerai Akka Nasi Lemak ini tempuhi selepas terkena ‘kuasa viral’.

Dalam sebuah perkongsian TikTok oleh @billioners_1111 yang merakamkan luahan itu, Sangheeta menyatakan dirinya sudah penat dan sangat sedih, lebih lebih lagi jika ada yang menghinanya dalam media sosial.

Malah, tubuh Sangheeta juga dilihat lebih kurus berbanding sebelum ini, menurut seorang netizen, Sangheeta berkata dia sudah penat dan terlalu ramai orang yang mengganggu kehidupannya.

image is not available

“Akka ni kata janganlah duk mengutuk dia dalam sosial media, dia berniaga pun masih kena jaga anak, duduk rumah sewa, tidur 4 beranak satu bilik. Takde kemewahan apa-apa pun.

Kalau jumpa tegurlah secara baik jangan sampai menghina dia dan keluarga,” tulisnya.

Sangheeta turut meluahkan dia kini sudah tidak lalu makan kerana hari-hari masak benda yang sama untuk para pelanggan.

Harap Akka Sangheeta sentiasa kuat…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.