Orang ramai diminta bantu kesan pengasuh kanak-kanak hilang di Rompin

18 Jan 2026 • 10:47 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis menerima laporan kehilangan Norazmawati daripada anak lelaki wanita itu jam 9.47 pagi pada 14 Ogos 2025.

KUANTAN - Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang pengasuh kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Tanjung Gemok, Rompin sejak 13 Ogos tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Norazmawati Mohd Darwi, 45, daripada anak lelaki orang hilang itu pada jam 9.47 pagi 14 Ogos 2025.

Beliau berkata, isteri kepada seorang nelayan itu, kali terakhir dilihat berbaju kurung dan bertudung di Jalan Selancar, Kampung Tanjung Gemok, Rompin.

"Wanita yang berkulit kuning langsat itu tidak pernah menghubungi keluarganya sehingga kini. Pihak polis juga telah membuat hebahan bagi mengesan orang hilang berkenaan.

"Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan,” katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (PKD) Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin menerusi talian 09-4145999. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved