Orang ramai dinasihat jangan tular komen lama sentuh soal perkauman

27 Dec 2022 • 4:11 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan semula satu komen berbaur perkauman secara provokasi yang pernah tular menerusi Facebook beberapa bulan lepas, kerana ia boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian kaum.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata pada 1 April lepas seorang lelaki berumur 33 tahun telah ditahan berhubung komen berkenaan, dan dia didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 33 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam kenyataan di sini hari ini beliau berkata tangkap layar komen berbaur perkauman daripada pemilik akaun Facebook Nazrul Nazari yang dikesan tular di media sosial sejak semalam itu merupakan komen lama.

Beliau berkata semalam polis telah mengesan penularan semula tangkap layar berkenaan di pelbagai media sosial antaranya di aplikasi Facebook dan Whatapps itu.

Menurutnya tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mendatangkan khianat awam melalui isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved