Tular Video Tikus Tengah ‘Syok’ Makan Ayam Goreng Mamak, KKM Bakal Ambil Tindakan

Entertainment
23 Dec 2022 • 2:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sedangkan kita yang perhatikan dari jauh ni pun dah kembang tekak, apatah lagi bila kena depan mata!

Satu video kini sedang tular dan meraih perhatian netizen, dalam masa 8 jam, video yang membuatkan ramai orang kembang tekak ini telah meraih lebih 5,500 jumlah perkongsian.

 

Tikus dekat ayam goreng

Dalam video yang berdurasi 35 saat itu, seorang pengguna Twitter @zoeyhanafiah menunjukkan ada seekor tikus tengah syok makan ayam goreng di sebuah tempat yang dikatakan kedai mamak.

Malah, pemuda ini tunjuk makanan di atas mejanya dan dilihat seperti pemuda ini dah makan separuh jalan.

Biarpun lokasi dan waktu kejadian masih belum dikenal pasti, rata-rata netizen yang melihatnya menzahirkan rasa bimbang dan ingin tahu maklumat secara terperinci mengenai kedai makan tersebut, ini kerana ada yang risau kesihatan pelanggan. Boleh kena kencing tikus yang membawa maut.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

 

Susulan dengan tularnya video tersebut, ia telah mendapat perhatian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menerusi laman rasmi Twitter, KKM menggesa individu tersebut untuk salurkan maklumat mengenai kedai makan tersebut untuk dikenakan tindakan dengan kadar segera.

Alahai, min pun kalau depan mata, memang on the spot blah.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.