Orang ramai dinasihati jangan terpedaya hebahan di Facebook palsu imigresen

23 Aug 2022 • 8:28 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak terpedaya dan dengan hebahan di satu akaun Facebook palsu, yang menggunakan nama Jabatan Imigresen Malaysia.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasminya, jabatan itu memaklumkan terdapat akaun palsu menggunakan logo jabatan itu, selain turut memuat naik kenyataan media yang menggunakan nama Ketua Pengarah Imigresen Malaysia (Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud).

Kenyataan itu meminta orang ramai agar segera melaporkan kepada pihaknya jika terdapat sebarang maklumat yang meragukan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

“Sila rujuk portal (https://www.imi.gov.my) dan Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia untuk sebarang maklumat lanjut,“ demikian menurut kenyataan itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved