Orang ramai dipelawa meriahkan jualan raya di Laman MBPJ

14 Apr 2023 • 3:03 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 14 APRIL: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mempelawa orang ramai memeriahkan PJ Flea Market Raya Rahmah di Laman MBPJ, Seksyen 52, Petaling Jaya mulai hari ini hingga Ahad.

Program dianjurkan selama tiga hari bermula 3 petang sehingga 12 tengah malam itu meghimpunkan seramai 20 peniaga yang menjual pelbagai barangan sempena Aidilfitri, maklum unit komunikasi korporat MBPJ.

“Kita jemput orang ramai khususnya warga Petaling Jaya memeriahkan program PJ Flea Market Raya Rahmah ini dengan pelbagai barangan dijual sempena Aidilfitri bakal tiba nanti.

“Antara barangan yang dijual termasuk pakaian lelaki dan wanita, pakaian terpakai, makanan, minyak wangi, aksesori wanita serta kuih raya,” katanya..

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved