Orang ramai dipelawa sertai Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS), tarikh tutup 15 Julai

LocalSales & Promo
7 Jun 2026 • 9:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Orang ramai dipelawa sertai Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS), tarikh tutup 15 Julai

SHAH ALAM, 7 JUN: Orang ramai dipelawa menyertai Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2026 (AINS) yang menawarkan hadiah wang tunai secara keseluruhan hingga RM65,200.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor berkata anugerah bertemakan "Kesejahteraan Negeri Selangor" bertujuan mengiktiraf inovasi yang dapat meningkatkan kecekapan dan nilai tambah selaras aspirasi pembangunan Negeri Selangor.

“Inovasi adalah pemacu utama pembangunan dan kesejahteraan masyarakat. Sertai kami bagi menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor yang lebih maju dan sejahtera.

“Penyertaan dibuka kepada seluruh rakyat negeri Selangor secara percuma,” katanya di Facebook.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Julai. Orang ramai yang ingin membuat pendaftaran boleh membuat imbasan kod QR pada poster tertera untuk akses atau pautan melalui berikut https://inovasi.selangor.gov.my/.

Image from: Orang ramai dipelawa sertai Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS), tarikh tutup 15 Julai