‘Orang Sabah Kalau Bab Vokal Memang Padu’, Penyanyi Ini Terima Perhatian Netizen Di Kuala Lumpur

11 Apr 2023 • 2:13 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Orang Sabah memang ramai suara sedap-sedap,meremang woo dengar suara dia, padu ’ – netizen

‘Orang Sabah Kalau Bab Vokal Memang Padu’, Penyanyi Ini Terima Perhatian Netizen Di Kuala Lumpur. Seorang penyanyi asal Sabah telah menjadi tumpuan netizen di Bukit Bintang, Kuala Lumpur setelah video rakaman persembahannya menjadi viral di media sosial.

Bukan sahaja suara merdunya yang memukau, tetapi dia juga dikatakan mempunyai kemahiran dalam menguasai vokal.

image is not available
‘Orang Sabah Kalau Bab Vokal Memang Padu’, Penyanyi Ini Terima Perhatian Netizen Di Kuala Lumpur

Penyanyi ini membawa lagu Madah Berhelah- Ziana Zain

Dalam rakaman video tersebut, penyanyi yang dikenali sebagai Joey Sulaiman tersebut membawakan lagu popular ‘Madah Berhelah – Ziana Zain’ dengan penuh keyakinan.

Netizen yang menonton video tersebut tidak dapat menahan kekaguman mereka terhadap suara penyanyi tersebut dan kemahirannya dalam menguasai vokal. Lihat video penuh di bawah:

@buskersmalaysia DIA PUNYA VOCAL PADU MEREMANG BILA DIA TARIK I TERBAIK SUMANDAK SABAH #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #fypシ゚viral ♬ bunyi asal – buskersmalaysia

image is not available
Sumber: Tiktok @buskersmalaysia

Kongsian video berjaya raih sebanyak 1.2 juta tontonan di Tiktok

Video rakaman tersebut bahkan meraih sebanyak 1.2 juta tontonan di laman Tiktok. Rata-rata netizen menyatakan bahawa mereka kagum apabila melihat bakat Joey ini apabila menyanyi dengan nada yang tinggi.

Dalam satu komen, seorang netizen berkata bahawa orang Sabah memang ramai suara sedap tidak dapat dinafikan lagi.

image is not available
Sumber: Tiktok @buskersmalaysia

Banyak netizen yang turut bersetuju bahawa penyanyi tersebut mempunyai potensi yang besar dan berharap agar bakatnya dapat dikenali oleh industri muzik Malaysia.

Semoga penyanyi ini dapat terus berkarya dan menunjukkan bakatnya di peringkat yang lebih tinggi lagi. All the best Joey!

image is not available
Sumber: Tiktok @buskersmalaysia

image is not available
Sumber: Tiktok @buskersmalaysia

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah ini: