Pencuri Dirakam Curi ‘Cashbox’ Kosong Dalam Kedai Makan Di Satok Buat Netizen Berdekah

12 Apr 2023 • 12:12 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Masalahnya, kedai mana simpan duit dalam cashbox lepas tutup kedai

Pencuri Dirakam Curi ‘Cashbox’ Kosong Dalam Kedai Makan Di Satok Buat Netizen Berdekah. Memang common sense kalau perniagaan tidak meninggalkan wang di premis mereka selepas menutup kedai kerana meninggalkan wang dalam kedai akan meletakkannya dalam keadaan terdedah.

Namun, nampaknya sepasang pencuri tidak memahami perkara ini apabila mereka dirakam CCTV mencuri peti wang di sebuah kedai makan terkenal di Satok, Kuching, membuatkan netizen ketawa melihat ‘kebodohan’ mereka.

image is not available
Pencuri Dirakam Curi ‘Cashbox’ Kosong Dalam Kedai Makan Di Satok Buat Netizen Berdekah

Dirakam hanya mencuri peti wang sahaja

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu dikongsikan di Facebook oleh individu ini, menunjukkan dua lelaki memecah masuk kedai sebelum terus ke kaunter.

Seorang daripada mereka dilihat mengeluarkan peti wang dari kaunter manakala seorang lagi sedang mengintai di sekitar kaunter, disyaki untuk mencari barang berharga.

image is not available
Kredit: Facebook

Selepas mengambil peti wang terbabit dari kaunter, mereka cuba membukanya tetapi tidak berjaya. Mereka akhirnya meninggalkan kedai hanya dengan peti wang di tangan.

image is not available
Kredit: Facebook

Setelah meninggalkan kedai, sebuah kereta datang untuk mengambil mereka dan mereka melarikan diri. Satu-satunya barang yang dicuri hanyalah peti tunai.

image is not available
Kredit: Facebook

“Susah2 curi tapi takde hasil,” – netizen

Rata-rata netizen yang menonton rakaman CCTV berkenaan meluah kemarahan kerana kedua-dua individu terbabit dan pemandu yang bersubahat dengan mereka telah melakukan rompakan.

Namun begitu, sebilangan besar netizen surprisingly terhibur dengan aksi tersebut.

Ini kerana pencuri terbabit sebenarnya tidak mendapatkan sebarang hasil kerana peti wang sentiasa kosong apabila kedai ditutup.

Seperti yang dinyatakan tadi, tiada premis akan meninggalkan wang tunai di dalam peti wang apabila kedai sudah tutup.

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

Ringkas kata, pencuri terbabit telah membuang masa dan usaha mereka hanya untuk mendapatkan hasil kosong.

Namun, terdapat juga segelintir netizen yang mengesyaki rompakan itu mungkin kerja orang dalam kerana pencuri terbabit nampaknya mudah masuk ke dalam kedai itu.

Salah seorang pencuri itu juga dilihat bercakap melalui telefon, seolah-olah diarahkan oleh seseorang.

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

Walaupun ia adalah senario yang lucu, perlu diingatkan juga kejadian ini adalah satu rompakan. Semoga pelaku dapat ditangkap polis secepat mungkin.

Lagi di sini: