Kenal Melalui Lagu ‘Senyum’, Wajah Inca Medina Anak Malique Jadi Perhatian

Music
19 Aug 2023 • 12:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Penyanyi rap terkenal, Malique baru-baru ini tampil dengan buah tangan bertajuk Sedih Hati yang menggabungkan suara nyanyian Allahyarhamah Mona Fandey.

Terbaru, Malique sekali lagi menjadi sebutan apabila anak daranya, Inca Medina didakwa muncul dalam muzik video Sedih Hati versi acoustic. Dalam muzik video itu, ada beberapa orang pemuzik memainkan instrumen masing-masing dan gadis bernama Inca menggesek violin.

image is not available
Kredit: TikTok @fifi.kcolly

image is not available

Peminat meluahkan rasa teruja melihat Inca Medina buat pertama kali. Iyalah sebelum ini, mereka hanya mengenali anak Malique ini menerusi lirik lagu Senyum nyanyiannya bersama Najwa.

Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza ditertawakan oleh anakku Inca Medina. Oh Inca Medina orang secantik nama, cantik luar cantik dalam cantik macam mama.

Kata peminat lagi, masa berlalu sungguh cepat apabila sudah 13 tahun lagu Senyum itu diterbitkan. Padanlah Inca pun sudah dewasa kan?

Kredit: TikTok @fifi.kcolly | Youtube Qarma Studios

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.