“Orang tua-tua jangan lah p*kul” –  Gara-gara Kemalangan Kecil, Lelaki Ugut & Tend*ng Warga Emas

LocalPolitics
9 Feb 2026 • 12:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Satu video tular di Facebook sejak semalam memperlihatkan seorang lelaki mengasari seorang warga emas. Dalam video berdurasi 1 minit 20 saat itu, lelaki tersebut telah memaki hamun sebelum menendang dan dipercayai menampar warga emas tersebut serta menghayunkan pintu kereta yang masih terbuka ke arah pemandu Proton Wira itu.

Pemilik video menggesa lelaki itu untuk tidak mengasari mangsa yang merupakan seorang warga emas dan dapat dilihat orang awam berusaha untuk meleraikan pergaduhan dan menghentikan serangan daripada lelaki tersebut.

Berdasarkan video pertengkaran, difahamkan mangsa dipercayai ‘cuba lari’ setelah terlanggar kenderaan jenis MPV milik suspek tersebut dan turut kedengaran kata-kata berbaur ugutan.

Memerik laporan Berita Harian, kejadian tersebut berlaku di lampu isyarat Pekan Suntex, Batu 9 Cheras semalam. Ia dikatakan berpunca akibat kemalangan kecil.

image is not available

Tonton video di sini

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazron Abdul Yusof, pihaknya menerima aduan kemalangan itu pada jam 4.49 petang semalam daripada mangsa yang merupakan seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun dan juga pesara.

Mangsa datang membuat laporan menyatakan dirinya cedera akibat dipukul dan diugut oleh suspek di lokasi kejadian. Berikutan itu, suspek yang berusia 52 tahun telah ditahan pada jam 11.30 malam tadi di kawasan Kajang dan direman selama 2 hari bagi membantu siasatan.

image is not available

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun jika ugutan membabitkan ancaman bunuh.” 

image is not available

Beliau turut memohon agar mana-mana pihak yang ada maklumat tentang kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Sarjan Ganesan Ramachandran di talian 0126089180 bagi membantu siasatan.

“Kita menasihatkan masyarakat mematuhi undang-undang dan mengamalkan sikap bertanggungjawab bagi memastikan keharmonian serta ketenteraman awam terus terpelihara.”

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.