“Orang Yang Baru Berhijab, Tak Boleh Nak Dihakimi Serta Merta..” – Ibu Shuib

Women's Fashion
27 Mar 2023 • 4:44 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ibu kepada pelawak, Shuib iaitu Salamiah Jalani telah memuat naik video bersama usahawan, Watie Hanifiah di laman TikTok, baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, Salamiah dan teman wanita anaknya itu dilihat membuat lip sync lagu Kurangnya Apa daripada penyanyi, Arief.

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah penampilan Watie yang kelihatan begitu sopan mengenakan tudung bawal sambil tersenyum manis membuat mini love.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan usahawan itu lebih cantik memakai pakaian seperti itu berbanding pemakaian ketat yang sering digayakannya sebelum ini.

Tampil membalas komen, Salamiah meminta agar orang ramai memberi masa kepada Watie untuk berubah menjadi lebih baik.

Orang yang baru berhijab, tak boleh nak dihakimi serta merta. Kena la didik perlahan-lahan.

Bukan itu sahaja, ibu kepada Shuib itu juga berkata dia menerima pilihan hati anaknya itu dan hanya mahu melihat anaknya bahagia.

Siapa kita nak melawan takdir, nak menyusun kehidupan orang lain.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

"Akhir-Akhir Ni Kena Banyak Bersabar.." - Hormati Bulan Ramadan, Kazar Saisi Kurangkan Tengok IG