“Sayang Kakak Ipar Kami” – Hidayah Dipuji Bawa Anak-Anak Arwah Abang Bercuti

20 Mar 2023 • 11:37 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Hidayah menjadi perhatian ramai kerana telah memuat naik satu video di media sosial. Uish, video apa itu?

Video yang tular tersebut memaparkan Hidayah sedang membawa anak-anak buah dan kakak iparnya keluar berjalan-jalan di Padang Besar, Perlis.

Amanah abang

@hidayah_hamzah

Kenangan Bersama Keluarga Kakak iparku Alhamdulliah dikelilingi orang yang sangat2 baik Walupun arwah abgku Tiada tetap menjadi satu keluarga smpai bila2 #keluargamertuaabang #happyfamily #alfatihaharwahabangku #loveyoukakakiparku #sayanganak2buahku

♬ Somewhere Only We Know – Gustixa

Dalam video tersebut, Hidayah menyatakan bahawa mereka masih lagi sebuah keluarga bersama sebelah ipar meskipun abangnya telah pergi buat selamanya.

Alhamdulillah dikelilingi orang yang sangat-sangat baik. Walaupun arwah abangku tiada tetap menjadi satu keluarga sampai bila-bila. Kami jaga amanah anak arwah abang penuh kasih, sayang anak-anak yatim. Kami sayang kakak ipar kami.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen sempat memuji sikap baik Hidayah dan keluarganya yang sentiasa mengambil berat dan menjaga kebajikan anak-anak yatim.

image is not available

image is not available

Alhamdulillah, kami pun suka tengok Hidayah macam ini. Boleh jadi inspirasi betul!

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media