“Orang Yang Kononnya Rapat, Tapi Sebenarnya Bawa Mulut Dan Fitnah Kita..” – Sarimah Ibrahim

EntertainmentLifestyle
19 Mar 2025 • 4:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengacara dan pelakon jelita, Che Puan Sarimah menerusi media sosialnya ada meluahkan rasa kecewa terhadap rakan yang dianggap rapat namun menikamnnya daripada belakang.

Tulis pelakon itu, dia berasa terkilan dengan sikap individu itu yang kononnya akrab tapi menyebarkan fitnah mengenai dirinya.

image is not available

Bila kita dapat tahu ada orang yang kononnya ‘dekat’ dengan kita, tetapi sebenarnya bawa mulut dan menyebarkan fitnah. Nak kata sedih, iya..tapi sebenarnya lebih kepada kecewa. Allah Maha Esa, akhirnya segala terbuka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil menitipkan kata-kata semangat buat Sarimah.

Malah, ciapan aktres itu di X juga dibalas pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura yang menyatakan dia juga pernah mengalami perkara yang sama sebelum ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 24 hours ago

"Semakin Kurang Ajar, Promosi Lagu Raya Di Pertengahan Bulan Ramadan" - Waheeda