Order 600 Set Daging, 1 Family Kantoi ‘Tapaw’ Makanan Di Sebuah Kedai Makan Steamboat Di Bintulu

11 Oct 2023 • 12:32 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Biar betul sampai order 600 set daging

Order 600 Set Daging, 1 Family Kantoi ‘Tapaw’ Makanan Di Sebuah Kedai Makan Steamboat Di Bintulu. Sebut sahaja ‘buffet’, mesti terus terlintas mengenai konsep sajian makanan yang membenarkan pelanggan mengambil seberapa banyak makanan yang mereka inginkan dengan harga tetap.

Buffet atau ‘makan seberapa banyak yang anda boleh’ kini seolah-olah menjadi trend di setiap kedai makan.

Mana tidaknya, pelanggan hanya mengeluarkan sejumlah bajet bagi menikmati aneka juadah selagi mampu.

image is not available
Order 600 Set Daging, 1 Family Kantoi ‘Tapaw’ Makanan Di Sebuah Kedai Makan Steamboat Di Bintulu. Kredit: Facebook

Namun lain pula yang berlaku di sebuah kedai makan steamboat dan BBQ di Bintulu ini.

Menerusi perkongsian pemiliknya di Facebook, sebuah keluarga yang terdiri daripada 3 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak telah ke premis tersebut bagi menikmati hidangan di kedai itu.

Tambahnya, pelanggan tersebut telah memesan sebanyak 600 set daging mentah. Apa yang mengejutkan, daging tersebut tidak dihabiskan di situ sebaliknya ‘dibungkus’ di dalam paper bag dan dibawa pulang.

image is not available

Walaupun pelik dengan permintaan daripada pelanggan ini, pekerja kedai makan tersebut tetap melayan mereka dengan baik dan memenuhi kesemua permintaan mereka.

Namun, perlakuan ‘jijik’ mereka terbongkar apabila kamera CCTV sempat merakam aktiviti mereka itu.

image is not available

Pemilik kedai, yang telah pun terlibat dalam industri makanan selama 8 tahun, mengatakan ini adalah kali pertama beliau berhadapan dengan situasi sebegini.

Tambahnya, beliau memilih untuk tidak mendedahkan identiti pelanggan tersebut. Sebaliknya, beliau berharap perkongsian ini menjadi peringatan kepada semua untuk berlaku jujur dan tidak mengambil kesempatan ke atas peniaga.

Baca lagi artikel menarik: