“Order lain dapat lain” – Wanita Singapura Kena ‘Scam’ Beli Gigi Palsu Online, Rupanya Gigi Mainan

Entertainment
13 May 2023 • 12:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang wanita di Singapura telah kerugian sebanyak $65 (bersamaan kira-kira RM218) selepas membeli gigi palsu secara atas talian namun menerima gigi mainan.

Memetik laporan Mothership, Luo Tailan terjumpa satu Facebook pengiklanan gigi palsu untuk dijual pada April 2023. Gigi palsu itu ditawarkan pada harga yang Luo rasakan murah, dengan promosi “Beli tiga, dapat tiga percuma”.

image is not available
Gambar hiasan

Menurut Luo, beliau mendapati promosi ini menarik dan telah bersetuju untuk membeli enam set gigi palsu. Selain akan menggunakan sepasang untuk dirinya, Luo bercadang untuk memberikan sepasang lagi kepada kakaknya dan rakannya.

Bagi menguruskan penghantaran, Luo diarahkan untuk meninggalkan komen pada hantaran Facebook itu berserta nama dan alamatnya.

Kira-kira dua minggu kemudian, Luo menerima bungkusan itu dan membayar harga barang semasa penghantaran.

Kemudian, beliau membuka bungkusan itu dan terus mencuci ‘gigi palsu’ itu. Walau bagaimanapun, ketika mencuba, beliau menyedari bahawa gigi palsu itu tidak boleh digunakan sama sekali.

image is not available

Kecewa selepas ditipu, Luo cuna menghubungi penjual untuk mendapatkan bayaran balik. Beliau terpaksa meninggalkan beberapa komen pada hantaran Facebook asal untuk memberi amaran kepada pengguna lain agar tidak membuat pembelian.

Namun, kesemua komen Luo telah dipadam oleh akaun itu.

Luo berharap dengan berkongsi pengalamannya, ia dapat mengelakkan bakal pembeli lain daripada ditipu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.