Oreo Lancar #TwistLickDance Bersama Babymonster

EntertainmentSales & Promo
10 Oct 2025 • 9:41 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Oreo memperkenalkan trend baharu #TwistLickDance melalui kolaborasi global bersama kumpulan K-pop Babymonster. 

Kerjasama ini menggabungkan cara klasik menikmati biskut Oreo ,“Putar, Jilat, Celup” dengan muzik dan tarian moden untuk mencipta pengalaman snek yang menyeronokkan.

image is not available

Menurut Pengarah Kanan Pemasaran Asia Tenggara, Lucas Levy, kolaborasi ini menyatukan muzik, gerak tari dan keenakan rasa untuk menarik minat generasi muda. 

Lagu dan koreografi khas oleh Babymonster mengiringi cabaran #TwistLickDance, menggalakkan peminat (MONSTIEZ) di Malaysia menyertainya sambil menikmati biskut kegemaran mereka.

Buat pertama kali di Asia Tenggara, Oreo bekerjasama dengan artis global bagi menghasilkan biskut edisi khas, Oreo Babymonster berwarna merah dengan perisa Marshmallow Crème, bagi meraikan identiti Babymonster. Terdapat juga pelbagai perisa lain seperti vanila, coklat dan strawberi. 

image is not available

Setiap pembelian pek pelbagai memberi peluang peminat mengumpul tujuh kad foto eksklusif Babymonster.

Untuk memeriahkan pelancaran, Oreo menganjurkan siri aktiviti di seluruh negara dari 14 Oktober hingga 14 Disemberdi lokasi seperti AEON IOI Mall Putrajaya, Lotus’s Ampang, Sunshine Farlim dan SOGO KL.

Dua peraduan utama turut dilancarkan:

1. Peraduan Beli, Selfie & Menang (1 Okt – 31 Dis) – pembeli boleh memenangi percutian K-pop ke Korea dan barangan eksklusif BABYMONSTER dengan memuat naik resit atau swafoto bersama produk OREO BABYMONSTER di laman web rasmi.

image is not available

2. Cabaran #TwistLickDance (13 Okt – 31 Dis) – peserta boleh memenangi hadiah serupa dengan memuat naik video tarian mereka menggunakan hashtag rasmi #TwistLickDance dan #OREOxBABYMONSTERMY.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman sesawang rasmi dan akaun media sosial OREO Malaysia. - Getaran, 10 Oktober 2025