Oscars 2023: RRR Arahan SS Rajamouli Dan Chhello Show Tersenarai Dalam Kategori Berbeza 

Entertainment
23 Dec 2022 • 12:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
RRR dan Chhello Show tercalon dalam Anugerah Oscar 2023. - Gambar Internet

Tidak siapa menyangkal bahawa Oscar atau Anugerah Academy adalah sebuah acara penganugerahan pengkarya filem yang penuh berprestij. 

India tidak pernah ketinggalan menghantar pencalonan ke anugerah ini pada setiap tahun dan kali ini, filem RRR  dan Chhello Show (The Last Film Show) telah berjaya tersenarai dalam dua kategori yang berbeza untuk Oscar 2023. 

Lagu dalam filem RRR iaitu 'Naatu Naatu' yang menampilkan Ram Charan dan Jr NTT tersenarai bagi kategori Lagu Asli Terbaik bersama 15 lagu lain yang bertanding, manakala Chhello Show pula bersaing untuk memenangi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik. 

image is not available
Gambar dari Internet

Chhello Show adalah sebuah filem Gujerati yang diarahkan Pan Nalin serta bersaing dengan calon lain yang bertanding iaitu Corsage (Austria), Close (Belgium), Return to Seoul (Cambodia), Holy Spider (Denmark), Saint Omer (France) dan banyak lagi. Manakala 'Naatu Naatu' daripada RRR pula bersaing dengan 'Nothing Is Lost' (You Give Me Strength) from Avatar: The Way of Water, 'Lift Me Up' dari Black Panther: Wakanda Forever, 'This Is A Life' dari Everything Everywhere All at Once dan beberapa yang lain. 

RRR arahan SS Rajamouli adalah sebuah filem thriller aksi yang yang dibintangi rakan pelakon hebat iaitu N.T Ramarao Jr, Ram Charan Teja Ajay Devgan dan Alia Bhatt. Filem ini dilaporkan telah menghantar pencalonan sebanyak 14 kategori dan pihak Academy masih lagi belum mendedahkan senarai pendek yang tersenarai dalam beberapa kategori lain. 

Apapun, dua kejayaan yang dicapai 'Naatu Naatu' daripada RRR dan Chhello Show sudah cukup untuk membuatkan rakyat India bergembira. Bahkan, menggelarkan ia sebagai saat yang bersejarah.  – Getaran, 23 Disember 2022