Badan besar. Bahu lebar. Lengan penuh otot.
Tapi bila nak garu belakang sendiri, tangan tak sampai.
Bila nak capai zip belakang, susah. Nak butang pakaian, rasa sempit. Nak capai sesuatu di belakang badan pun terbatas.
Di sinilah kita perlu bezakan antara nampak muscular dengan badan yang benar-benar functional.
.
Otot besar bukan masalah.
Ramai atlet dan individu yang sangat muscular masih mempunyai pergerakan, fleksibiliti dan mobiliti yang sangat baik.
Masalah boleh timbul apabila latihan terlalu mengejar saiz dan kekuatan tertentu, tetapi aspek lain seperti mobility, flexibility, joint range of motion dan movement quality kurang diberi perhatian.
Akhirnya tubuh mungkin sangat kuat dalam satu pergerakan, tetapi kurang cekap melakukan pergerakan lain yang diperlukan dalam kehidupan harian.
Contohnya:
• tangan sukar mencapai belakang badan
• bahu terasa terlalu ketat untuk bergerak penuh
• sukar melakukan pergerakan overhead tertentu
• membongkok atau memusing badan terasa terbatas
• aktiviti asas seperti memakai pakaian menjadi lebih mencabar
.
Ini bukan bermaksud kita perlu berhenti membina otot.
Sebaliknya, latihan yang baik sepatutnya membina tubuh yang bukan sahaja kelihatan kuat, tetapi boleh bergerak dengan baik.
Latihan kekuatan penting.
Tetapi begitu juga mobility, flexibility, koordinasi dan range of motion.
Kerana pada akhirnya, ukuran kecergasan bukan berapa besar lengan kita.
Tetapi sejauh mana tubuh itu masih boleh digunakan dengan selesa dalam kehidupan sebenar.
Bina otot. Jangan hilang fungsi.
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.




