“Our first trip together”- Abang Tesla bawa dua isteri tunai umrah

6 Sep 2023 • 9:48 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sebut sahaja nama pempengaruh media sosial yang dikenali Abang Tesla atau nama sebenarnya Mohammad Khaliltizam Yusr pasti ramai mengenalinya selepas memuat naik video sedang solat Subuh bersama dan isteri pertama, Nurmajdina Jamari menangis tiga jam sebelum poligami.

Meskipun pempengaruh berusia 28 ini tidak henti dikecam segelintir netizen, namun dia kekal tenang dan mahu membuktikan dirinya juga boleh berlaku adil serta membahagiakan kedua-dua isteri tercinta.

Abang Tesla bercuti, tunai umrah bersama kedua-dua isteri

Terbaharu, Abang Tesla dilihat memuat naik gambar bersama kedua-dua isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, hari ini.

Menerusi hantaran tersebut, difahamkan mereka bertiga akan bercuti di Turkiye dan seterusnya menunaikan umrah buat kali pertama di bawah tajaan Andalusia Travel and Tours.

“Percutian pertama kami bersama , Turkiye + Umrah,”tulisnya.

Malah, dalam Instagram Live sebentar tadi, Abang Tesla juga memohon maaf buat pengikut media sosialnya serta seluruh rakyat Malaysia atas segala silap yang dilakukan olehnya selama ini.

“Kita bertiga pergi. Alhamdulillah, diberikan rezeki yang banyak.
“Kalau ada salah dan silap, saya minta maaf. Saya nak minta maaf kepada semua rakyat Malaysia. Doakanlah saya mendapat umrah yang mabrur dan elak daripada sebarang fitnah,”ujarnya dalam Instagram Live.

image is not available

Alhamdulillah, moga dipermudahkan urusan

Rata-rata warganet mendoakan agar urusan umrah mereka bertiga dipermudahkan dan kekal bahagia bersama.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: Instagram @abg.tesla

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved