Outlet Terbesar Di Malaysia, Dunkin Donut Buka Cawangan Ke 100 Di Kota Kinabalu

17 Mar 2023 • 3:16 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Cawangan Dunkin Donut terbesar di Malaysia.

Outlet Terbesar Di Malaysia, Dunkin Donut Buka Cawangan Ke 100 Di Kota Kinabalu. Outlet menjual donat kegemaran ramai, Dunkin Donut telah membuka cawangannya yang ke-100 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah.

Terletak di tingkat ketibaan di Aras 1 KKIA, kafe Dunkin Donut ini merupakan outlet terbesar di Malaysia yang menyajikan pelbagai jenis donat serta minuman seawal jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari.

image is not available
Outlet Terbesar Di Malaysia, Dunkin Donut Buka Cawangan Ke 100 Di Kota Kinabalu. Sumber foto: The Borneo Post

Boleh memuatkan sehingga 88 orang pelanggan

Boleh memuatkan sehingga 88 orang pelanggan, kafe ini menawarkan pengalaman menjamu selera yang selesa dan tenang buat anda!

Dengan pembukaan cawangan terbaru di KKIA, ini merupakan kejayaan besar buat jenama donat yang terkenal di peringkat Antarabangsa berkenaan.

Buat orang Sabah dan juga pengunjung luar yang datang ke Sabah, jangan lupa dapatkan donat lazat dan segelas kopi penuh aroma anda sekarang!

Lagi port menarik di Kinabalu untuk anda terokai: