“Overconfident” – Netizen Tergamam Harga TIket Konsert Noraniza Idris Cecah RM 1,500

Entertainment
22 Aug 2022 • 5:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita sedia maklum, Astro Awani sebelum ini ada melaporkan bahawa penyanyi yang diberi jolokan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris bakal menganjurkan konsert terakhirnya pada Oktober nanti.

Ia sudah semestinya ramai peminat-peminat ternanti-nantikan konsert Malai Solo yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya nanti.

Baru-baru ini, poster tarikh dan harga tiket untuk konsert tersebut telahpun diterbitkan kepada umum dan pembelian tiket juga sudah dibuka.

 

Harga tiket konsert Malai Solo

Konsert Malai Solo itu bakal berlangsung selama 3 hari bermula dari 21 hingga 23 Oktober nanti, harga tiket akan dijual mengikut tier atau jarak tempat duduk dengan pentas.

Ianya terbahagi kepada 4 kategori iaitu Awallah Dondang berharga RM 1599, Intan Payung, RM 899, Dikir Puteri RM399 dan Hati Kama RM 299.

Sudah semestinya mereka yang duduk di tempat Awallah Dondang itu akan mendapat kedudukan paling selesa dan pemandangan jelas ketika konsert, untuk Intan Payung, ianya berada di depan pentas sementara Dikir Puteri dan Hati Kama di belakangnya.

image is not availableimage is not available

Disebabkan itu, perkara tular di Twitter dan ia mengundang pelbagai reaksi netizen berkenaan dengan harga tikat tersebut.

Biarpun ramai yang terkejut dengan harganya, ada yang menyifatkan bahawa memang ianya logik akal kerana Noraniza Idris boleh dikatakan penghibur yang bukan calang-calang sebelum ni Ratu Irama Malaysia ini banyak memenangi persembahan terbaik.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Ini konsert terakhirnya, mungkin ia adalah memori yang kita akan ingat kerana Kak Ani adalah orang utama yang menaikkan muzik irama Malaysia, seperti yang diperkatakan netizen tadi, kalau ada kesempatan berilah tanda sokongan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.