Owner Premis Cuba ‘Sailang’ Bisnes Cafe, Tapi Cara Peniaga Ini ‘Pulangkan’ Kedai Buat Netizen Kagum

Entertainment
11 Jan 2024 • 12:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apabila seseorang itu berjaya dalam perniagaannya, pasti ada yang kurang senang sampai ke tahap sanggup melakukan perkara di luar jangkaan.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi sebuah kisah tentang seorang rakannya yang juga peniaga kafe telah ‘dihalau’ oleh pemilik premis ketika perniagannya semakin maju.

Menerusi perkongsian kukubesi manipulasi, kisahnya bermula ketika pemilik premis secara tiba-tiba menaikkan sewa tiga kali ganda.

Rakannya berasa berat hati dengan berita itu kerana telah mengubah suai kedai tersebut dalam skala besar.

Namun, pemilik premis itu memintanya untuk keluar daripada kedai berkenaan lebih awal dan dia terpaksa akur dengan keputusan itu.

image is not available

Pemilik premis terkejut kafe bersih seperti kedai asal

Menurutnya, pemilik premis itu sering datang ke kedainya untuk mengetahui selok-belok perniagaan yang diusahakan rakannya itu.

image is not available

Ketika hari pulangkan kunci kedai, pemilik premis terkejut apabila melihat kafe tesebut bersih dan dikembalikan dalam keadaan asal.

Difahamkan, premis tersebut masih lagi tiada penyewa baharu sehingga sekarang dan rakannya itu dikatakan sudah mempunyai kedai baharu dengan lokasinya lebih strategik.

Ujarnya, itulah realiti dunia bisnes yang mempunyai banyak cabaran seperti orang lain boleh meniru cara kita berniaga begitu saja. Lebih perit lagi, orang yang meniru itu adalah orang terdekat dengan kita.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.