
PETALING JAYA: Seekor kucing dinamakan Oyen yang ditemui cedera berhampiran lokasi nahas pesawat di Elmina, 17 Ogos lalu, dimaklumkan telah mati.
Perkembangan itu disahkan pemili Klinik Veterinar Zul Erwan, Dr Zul Erwan Azmi yang merawat kucing itu menerusi Instagramnya malam tadi.
Menurutnya, Oyen yang didapati positif virus FIV (Aids kucing) membuatkan sistem imun badannya terganggu dan komplikasi luka di tulang belakang membuatkan jangkitan kuman cepat merebak.
“Oyen mulai lemah dan rawatan telah diberikan sebaik mungkin tetapi tidak dapat bertahan,” katanya.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Media sebelum ini menyiarkan kisah kucing itu yang ditemui cedera berhampiran lokasi nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1).
Petugas kesihatan memberikan rawatan sebelum menghantarnya ke Klinik Veterinar Zul Erwan untuk rawatan lanjut.
Nahas pesawat persendirian yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina itu mengorbankan 10 individu termasuk Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Johari Harun.
Mereka terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat itu, manakala dua lagi merupakan orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta, yang menggunakan lebuh raya berkenaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



